Kepada Semua Vendor UPM BTU,
Sebut Harga (Quotation) yang di serah kan kepada Pusat Tanggung Jawab (PTJ)UPM, hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
1. Logo Syarikat
2. Alamat lengkap beserta nombor telefon untuk dihubungi
3. No. Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. No. Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika ada)
5. Tempoh sahlaku sebutharga
6. Tempoh penghantaran/ perkhidmatan boleh disempurnakan
7. Tandatangan dan cop syarikat (Mohon masukkan "Sebutharga ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan" sekiranya tiada tandatangan dan cap syarikat).
Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan UPM
14/1/2022